Lokasi Kami
Bukit Mertajam
Bukit Kecil Indah
Balik Pulau
Lintang Bukit Penara
Air Itam (Penang)
All Seasons Place
Pusat Pesakit Antarabangsa
Di VISTA, kami memahami setiap perjalanan yang jauh akan memberikan tekanan. Oleh itu, kami berusaha memberikan servis yang terbaik untuk membantu kedatangan anda di sini sebagai pengalaman yang akan diingati dan selesa.
Sila membuat temujanji melalui e-mel ([email protected]) atau melalui telefon (+603-7711 3937) sebelum datang. Kami akan berbincang mengenai masa yang sesuai untuk melawat, anggaran tempoh penginapan, dan persiapan yang diperlukan.
Sila bawa rekod perubatan terdahulu anda. Sila berhenti menggunakan kanta lekap anda sekurang-kurangnya dua minggu (1 bulan untuk kanta separa tegar atau keras) sebelum melawati pusat kami.
Kebanyakan rawatan kami memerlukan 2-3 hari penginapan untuk pemeriksaan, rawatan dan pemeriksaan selepas pembedahan. Untuk kanta ubah suai, anda mungkin perlu melawati pusat kami lagi kerana ia memerlukan 3-6 minggu untuk membuat pesanan & penghantaran.
Pusat pesakit Antarabangsa kami boleh membantu anda untuk pemilihan hotel.
Kami menerima Kad Master dan Visa.
Kenapa Memilih Klinik Pakar Mata VISTA?
Rekod Yang Melebihi 23+ Tahun
Ditubuhkan sejak 1999, kami telah berkhidmat dan merawat mata pesakit semenjak 23+ tahun yang lalu.
Lebih 255,000+ Pesakit Yang Berpuas Hati
Dalam tempoh ini, lebih daripada 255,000+ pesakit yang berpuas hati dengan penglihatan mereka selepas mengunjungi kami.
Lebih Daripada 2,400 Ulasan Yang Positif
Terdapat lebih daripada 2,400 pesakit yang berpuas hati atas servis kami dengan memberikan penilaian 5/5 bintang dan ulasan menarik di laman FB kami
.
Lebih Daripada 30 Anugerah Perniagaan Dan Klinikal Diperolehi
VISTA telah meraih pelbagai anugerah klinikal dan perniagaan, menjadikan kita satu klinik pakar mata yang menerima paling banyak anugerah. Ini adalah hasil usaha VISTA dalam penjagaan pesakit, perkhidmatan, inovasi, pengurusan perniagaan, sumber manusia, dan sumbangan kepada masyarakat.
Teknologi Yang Disahkan Dan Terbukti Berkesan
Di VISTA, kami menyediakan rawatan dengan teknologi yang telah diuji dan terbukti. Kami menegaskan segala rawatan mempunyai kelulusan FDA (Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan US) dan juga boleh didapati di kebanyakan pusat rawatan mata yang terkemuka di dunia.
Diperakui Sebagai Pusat Kecemerlangan Oleh Pakar Bedah Antarabangsa
VISTA merupakan Pusat Kecemerlangan di peringkat antarabangsa dan sentiasa dipilih oleh pembekal teknologi perubatan untuk mempamerkan produk mereka dan juga sering dikunjungi oleh pakar bedah terkemuka di seluruh dunia – dari Amerika Syarikat, Australia, Jepun, China, India, Hong Kong, Singapura, Filipina, Indonesia dan juga Malaysia.
Dapatkan Pendapat Profesional Kami Hari Ini