logo

Pembedahan Katarak Tanpa Pisau

Membantu ribuan pesakit melihat dari kabur ke jelas semula

Pembedahan Katarak Tanpa Pisau kami yang maju, menggabungkan penggunaan laser femtosecond dan bantuan Tomografi Koheren Optik (OCT), mampu melakukan prosedur yang tepat dan selamat dengan memberikan hasil visual yang baik. Kami menawarkan penyelesaian khusus untuk mata anda dengan memahami keperluan dan gaya hidup anda. 

(Buat temu janji secara percuma hari ini!)

Apakah itu katarak?

Katarak terjadi apabila kanta mata mula menghasilkan tompok-tompok keruh yang menyelerakkan dan menyekat cahaya dan melalui kanta sehingga menghalang imej yang jelas sampai ke retina anda. Lama kelamaan, tompok – tompok ini akan bertambah besar, menyebabkan penglihatan kabur dan berkabut. Akhirnya, katarak akan menyebabkan kebutaan jika tidak dirawat. 

Tanda katarak

Sekiranya anda mengalami gejala di atas…

Buat temu janji secara percuma hari ini

Kelebihan pembedahan katarak mata tanpa pisau

Peningkatan, ketepatan & keselamatan pembedahan<

Menggantikan langkah-langkah manual yang dilakukan dengan alat tumpul atau pisau pembedahan, membawa ketepatan yang lebih tinggi melalui pengurangan kesalahan manusia dan mengurangkan risiko kerosakan pada kornea.

Masa pemulihan yang pantas dan pendek


Dengan bantuan laser dan teknologi kami yang canggih, luka kedap diri yang sangat tepat dapat mempercepatkan masa pemulihan dan mengurangkan risiko jangkitan.

Hasil visual yang lebih baik

Menggabungkan sayatan kornea dan kapsulotomi yang tepat dan di tempat yang betul, dapat mengurangkan tenaga ultrasound untuk memecahkan katarak sewaktu melakukan pre-pemecahan menggunakan Laser Femtosecond dan seterusnya.

Diiktiraf di peringkat antarabangsa

Teknologi Pembedahan Katarak Tanpa Pisau kami adalah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan digunakan di banyak negara. Ia juga dibangunkan di Amerika Syarikat dan diluluskan oleh FDA. Teknologi pembedahan ini merupakan prosedur pilihan pakar-pakar mata terulung di seluruh dunia.

Bagaimana ia dilakukan?

Langkah 1
Pengimbasan

Tomografi Koheren Optik (OCT) menunjukkan bahagian dalam mata untuk perancangan pembedahan.

Langkah 2
Insisi

Insisi tanpa jahitan yang tepat dibuat dengan pancaran laser berbantuan OCT.

Langkah 3
Pembukaan Kapsul

Doktor menggunakan laser untuk membuka kapsul kanta dalam bentuk bulatan yang sempurna.

Langkah 4
Penghancuran Katarak

Menghancurkan katarak menjadi kepingan kecil dengan sinar tenaga kuasa rendah.

Langkah 5
Penyingkiran Katarak

Katarak yang sudah dihancurkan akan diemulsi menggunakan teknik phacoemulsification (penggunaan peralatan ultrasonik).

Langkah 6
Penggantian Kanta

Kanta gantian dimasukkan. Biasanya, insisi akan menutup dengan sendirinya.

Kenapa memilih Klinik Pakar Mata VISTA?

Lebih daripada 30 anugerah perniagaan dan klinikal diperolehi


VISTA telah meraih pelbagai anugerah klinikal dan perniagaan, menjadikan kita salah satu klinik pakar mata yang menerima paling banyak anugerah. Ini adalah hasil usaha VISTA dalam penjagaan pesakit, perkhidmatan, inovasi, pengurusan perniagaan, sumber manusia, dan sumbangan kepada masyarakat.

Diperakui Sebagai Pusat Kecemerlangan Oleh Pakar Bedah Antarabangsa

VISTA merupakan Pusat Kecemerlangan di peringkat antarabangsa dan sentiasa dipilih oleh pembekal teknologi perubatan untuk mempamerkan produk mereka dan juga sering dikunjungi oleh pakar bedah terkemuka di seluruh dunia – dari Amerika Syarikat, Australia, Jepun, China, India, Hong Kong, Singapura, Filipina, Indonesia dan juga Malaysia.

Teknologi Yang Disahkan Dan Terbukti Berkesan


Di VISTA, kami menyediakan rawatan dengan teknologi yang telah diuji dan diluluskan oleh FDA (Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan US) lebih penting lagi, kami hanya menawarkan rawatan yang digunakan oleh kami sendiri atau ahli keluarga.

Buat temu janji secara percuma hari ini

Teknologi VISTA

The ZEISS IOLMaster® 500

ZEISS IOLMaster® 500 adalah piawai emas dalam biometri optik dengan lebih daripada 100 juta kes pengukuran kuasa IOL yang berjaya setakat ini. ZEISS IOLMaster 500 merupakan teknologi moden yang memberikan masa depan cerah dalam bidang biometri optik.

ZIEMER FEMTO LDV Z8

FEMTO LDV Z8 adalah salah satu laser femtosecond yang paling canggih pada zaman ini. Ia mempunyai fleksibiliti dan ketepatan yang luar biasa serta reka bentuk Ziemer yang padat dan mudah alih. Kemudahan OCT berintegrasi membolehkan pembedahan yang benar-benar bersesuaian dengan pesakit.

Sistem Penglihatan INFINITI® 

Sistem Penglihatan INFINITI® menggunakan perisian OZil® Intelligent Phaco yang dinaik taraf, ia menempatkan emulsifikasi torsional OZil® yang dioptimalkan di hujung jari anda. Dengan pengurusan bendalir dan kawalan pembedahan yang lebih baik, Sistem Penglihatan INFINITI® mampu memberikan prosedur phaco yang boleh diubah suai.

Kanta Intraocolur Premium Oculentis

Kanta Intraokular LENTIS Premium berupaya untuk diselaraskan mengikut keperluan pesakit yang berbeza-beza. Kanta yang berteknologi tinggi ini mampu memenuhi keperluan dan permintaan individu dalam mencapai penglihatan yang tajam.

Galilei G6

Topografi dan Tomografi HD untuk diagnostik dan pengukuran yang tepat untuk membantu pakar bedah membuat keputusan mengenai pilihan rawatan yang terbaik untuk anda.

Doktor Kami

Dr. Aloysius Joseph Low (PJ)

Ketua Perunding Oftalmologi

  1. Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery, Mysore University, India (MBBS)
  2. Fellow of the Royal College of Surgeons, Ireland (FRCS)
  3. Fellowship of the International Council of Ophthalmology (ICO)
  4. Fellowship in Cataract & Refractive (LASIK) Surgery under Dr. Rick Wolfe, Australia

Dr. Alan Koh Kok Khiang (Klang)

Pakar Perunding Kanan Oftalmologi

  1. Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, Universiti Malaya (MBBS)
  2. Masters of Ophthalmology, Universiti Malaya (MD)
  3. Fellowship of the International Council of Ophthalmology (ICO)

Dr. Ng Gim Leong
(BM)

Pakar Perunding Kanan Oftalmologi

  1. Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, Kasturba Medical College, Manipal (MBBS)
  2. Masters of Ophthalmology, Universiti Sains Malaysia (MD)
  3. Fellowship of the International Council of Ophthalmology in Hamburg, Germany (ICO)
  4. Fellowship in Advanced Cataract & Refractive (LASIK) Surgery, Queensland Australia

Rekod Prestasi Kami

20 +
TAHUN PENGALAMAN
290000 +
PESAKIT DIRAWAT

Penampilan Kami

Anugerah Dan Pencapaian Kami

Pemenang Malaysia Health & Wellness Brand Awards – Kategori Institusi Kesihatan 
2017, 2018, 2019

Pemenang The Feminine Recognition Awards – The Most Prominent Brand (Kategori Kesihatan) 2018

Pemenang Trusted Brand Gold Winner oleh Reader’s Digest Trusted Brand Awards 2017, 2018, 2019

Diiktiraf sebagai salah satu Top 35 Businesses in Malaysia by oleh Time Honored Brand Award dalam 2014 and 2019

Pemenang Kategori Pakar Mata – Readers’ Choice Awards by Natural Health & 健康时尚

Ya, Saya Ingin Membuat Janji Temu

Dapatkan Pendapat Profesional Kami Hari Ini!

Dapatkan Pendapat Profesional Kami Hari Ini








Copyright by Vista | Created By Shock – Digital Marketing Agency Malaysia