Mata Silau | Vista Eye Specialist

Selain masalah rabun dekat (hiperopia) dan rabun jauh (miopia), kebanyakan orang turut mengalami masalah rabun silau. Mata silau atau rabun silau berlaku apabila penglihatan menjadi kabur dan seolah-olah terdapat pantulan cahaya daripada kawasan persekitaran. Ianya bukan sahaja sering berlaku pada waktu malam tetapi ia juga boleh dialami ketika waktu siang. Rabun silau merupakan satu masalah gangguan penglihatan akibat kelengkungan kornea atau kelengkungan mata yang tidak sekata dan boleh dialami pada mana-mana peringkat umur. 

 

Apakah punca kepada rabun silau?

  • Katarak – tompokan atau selaput di kanta mata
  • Distrofi Fuchs – gangguan mata yang menyebabkan lapisan kornea membengkak 
  • Glaukoma – kerosakan saraf optik disebabkan tekanan cecair yang tinggi di dalam bebola mata
  • Mata Kering – keadaan di mana kekurangan air mata untuk melembabkan mata

 

Berikut merupakan tanda-tanda anda mengalami mata silau:

  • Objek kelihatan seolah-olah mengeluarkan cahaya di sekelilingnya 
  • Pandangan yang kabur pada sebarang jarak 
  • Sukar memandu terutamanya ketika waktu malam 
  • Sakit kepala 
  • Mata lesu 
  • Mata kerap berkelip 

 

Cara mencegah masalah mata silau:

  • Lindungi mata anda daripada sinaran ultraviolet (UV), pakai cermin mata hitam jika cuaca terlampau panas
  • Memakai cermin mata/kanta lekap khas yang boleh membantu masalah mata silau
  • Bagi pengidap diabetes, kadar gula dalam darah perlu dikawal
  • Amalkan pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin A dan karotenoid
  • Amalkan gaya hidup yang sihat dan bersenam secara berkala

 

Bagaimanakah mata silau boleh dirawat? 

  • Memakai cermin mata khas  
  • Memakai kanta lekap khas 
  • Melakukan pembedahan laser