Kami pakar dalam:
Pembedahan
- Pembedahan Katarak Tanpa Pisau
- iLASIK
- Implan Kanta Dalam Mata VISIAN ICL®
- Penglihatan Rabun dekat dengan RLE
Tanpa Pembedahan
- Program Kawalan Myopia Kanak-kanak
- Klinik Mata Kering
Perkhidmatan Lain
1 | Pemeriksaan Mata |
2 | Penjagaan Mata Secara Am |
3 | Penilaian Penglihatan |
4 | Pemeriksaan Glaukoma |
5 | Penyakit Mata Diabetik |
6 | Penjagaan Mata Pediatrik |
7 | Kemerosotan Makular Berkaitan Usia |
8 | Penyakit Kornea |
9 | Pemeriksaan Mata Korporat |
10 | Pterygium Excision dengan Graft (Gam) |
Pemeriksaan Mata

Penglihatan yang jelas tidak bererti mempunyai mata yang sihat.
Tanpa mengira umur dan kesihatan fizikal, pemeriksaan mata dengan pakar mata adalah salah satu perkara penting yang boleh anda lakukan demi kesihatan anda. Dalam kebanyakan kes, penyakit mata tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal. Pengesanan dan rawatan awal penyakit mata dapat mengurangkan risiko kehilangan penglihatan selama-lamanya dan tidak dapat diselamatkan. Penglihatan yang jelas tidak selalu bermaksud mata yang sihat.
Pakar mata akan menguji tahap penglihatan anda, memeriksa penyakit mata dan isu lain yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Terdapat banyak penyakit mata yang tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal. Dalam kebanyakan kes, pengesanan awal dan rawatan dapat membantu mengurangkan risiko kehilangan penglihatan selama-lamanya.
Golongan dewasa harus memeriksa tanda-tanda awal penyakit mata. Apabila usia meningkat, risiko mendapat penyakit mata juga meningkat. Kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam melihat sering mengalami masalah seperti tidak melengkapkan kerja sekolah tetapi mereka tidak mengadu kerana mereka tidak tahu apa itu penglihatan yang “normal”.
- Peruntukkan sekurang-kurangnya 3 jam untuk pemeriksaan dan ujian mata.
- Anda tidak digalakkan untuk memandu serta-merta selepas pemeriksaan mata kerana penglihatan anda mungkin kabur selama 3-6 jam selepas pembesaran anak mata (menggunakan titisan ubat untuk membesarkan anak mata), oleh itu digalakkan untuk mengatur pengangkutan lain.
- Cermin mata hitam dapat membantu mengurangkan silau yang diakibatkan oleh pembesaran anak mata. Sediakan satu.
- Sila membuat temu janji untuk pemeriksaan mata. Anda dinasihatkan supaya membuat temu janji 2 hari sebelumnya.
- Untuk pemeriksaan yang lebih tepat mengenai preskripsi anda atau untuk menentukan kesesuaian LASIK, anda dinasihatkan untuk berhenti memakai kanta lekap anda sebelum pemeriksaan (1 minggu untuk kanta lekap dan 2 minggu untuk kanta keras).
Masalah Mata Yang Biasa Dialami
VISTA juga menyediakan pemeriksaan diagnostik, rawatan dan cara mengendalikan masalah berikut:

Glaukoma
Glaukoma adalah penyakit mata yang disebabkan oleh peningkatan tekanan di dalam bola mata dan mengakibatkan kerosakan saraf optik dan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur. Peningkatan tekanan berlaku apabila saluran cecair di mata anda tersumbat atau tersekat. Kehilangan penglihatan akibat Glaucoma tidak dapat dipulihkan.
Pemeriksaan Glaukoma
- Tonometri
- Ophthalmoscopy
- Pachymetry
- Humphrey Visual Field Analyser (HVF)
- Tomografi Koheren Optik (OCT)
Kemerosotan Makular Berkaitan Usia
AMD adalah penyakit mata yang berkaitan dengan penuaan (umur 50 tahun dan ke atas) secara beransur dan memusnahkan penglihatan pusat tajam yang diperlukan untuk aktiviti seperti membaca, memandu, dan mengenali muka.


Retinopati Diabetik
Retinopati diabetik adalah penyakit mata kencing manis yang merosakkan saluran darah kecil pada bahagian retina. Ini disebabkan tahap glukosa darah tinggi di kalangan orang yang menghidapi kencing manis.
Detasmen retina
Retina adalah lapisan tisu yang sensitif terhadap cahaya dan terletak di dalam bahagian mata bertujuan menghantar mesej penglihatan melalui saraf optik ke otak.
Apabila retina tertanggal, ia berubah atau ditarik dari kedudukan normalnya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, detasmen retina boleh menyebabkan kehilangan penglihatan selama-lamanya.
Dalam sesetengah kes, terdapat sebahagian kecil kawasan retina yang rosak. Ini dipanggil retina berlubang atau kerosakan retina dan ia boleh menyebabkan detasmen retina.

Lain-lain Masalah Mata
Antara masalah mata yang sering berlaku termasuk mata kering, konjunktivitis, chalazion, alergi, pterygium dan kecederaan mata.
Kenapa Memilih Klinik Pakar Mata VISTA?
Rekod Yang Melebihi 23+ Tahun
Ditubuhkan sejak 1999, kami telah berkhidmat dan merawat mata pesakit semenjak 23+ tahun yang lalu.
Lebih 255,000+ Pesakit Yang Berpuas Hati
Dalam tempoh ini, lebih daripada 255,000+ pesakit yang berpuas hati dengan penglihatan mereka selepas mengunjungi kami.
Lebih Daripada 2,400 Ulasan Yang Positif
Terdapat lebih daripada 2,400 pesakit yang berpuas hati atas servis kami dengan memberikan penilaian 4.9/5 bintang dan ulasan menarik di laman FB kami
.
Lebih Daripada 30 Anugerah Perniagaan Dan Klinikal Diperolehi
VISTA telah meraih pelbagai anugerah klinikal dan perniagaan, menjadikan kita satu klinik pakar mata yang menerima paling banyak anugerah. Ini adalah hasil usaha VISTA dalam penjagaan pesakit, perkhidmatan, inovasi, pengurusan perniagaan, sumber manusia, dan sumbangan kepada masyarakat.
Teknologi Yang Disahkan Dan Terbukti Berkesan
Di VISTA, kami menyediakan rawatan dengan teknologi yang telah diuji dan terbukti. Kami menegaskan segala rawatan mempunyai kelulusan FDA (Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan US) dan juga boleh didapati di kebanyakan pusat rawatan mata yang terkemuka di dunia.
Diperakui Sebagai Pusat Kecemerlangan Oleh Pakar Bedah Antarabangsa
VISTA merupakan Pusat Kecemerlangan di peringkat antarabangsa dan sentiasa dipilih oleh pembekal teknologi perubatan untuk mempamerkan produk mereka dan juga sering dikunjungi oleh pakar bedah terkemuka di seluruh dunia – dari Amerika Syarikat, Australia, Jepun, China, India, Hong Kong, Singapura, Filipina, Indonesia dan juga Malaysia.
Dapatkan Pendapat Profesional Kami Hari Ini