Bimbang terhadap penukaran cermin mata yang kerap?
Bagaimanakah kami dapat membantu?
Kami menawarkan program pengawalan rabun jauh untuk membantu kanak-kanak mengurangkan kadar peningkatan rabun jauh. Justeru, mengurangkan tekanan dan keletihan yang disebabkan olehnya.
Program Pengawalan Rabun Jauh termasuk:
- Penggunaan ubat titisan mata Atropin 0.01% pada waktu malam ( selama 1 Tahun)
- Cermin mata khas Pengawalan Rabun Jauh atau Ortho-K atau kedua-duanya
- Tindakan Susulan Setiap 3 Bulan (Sehingga 1 Tahun)*
* Program 1 tahun ini akan diselia dengan teliti oleh Oftalmologi dan Optometris Klinikal kami.

How can we help?
We offer Myopia Control treatments to help kids slow the progression of shortsightedness, and subsequently reduce stress and fatigue associated with it.

Myopia Control Program includes:
- Nightly use of Atropine eye drops 0.01% (1 Year)
- Myopia control glasses or Ortho-K or a combination
- 3 Months Follow Up (Up to 1 Year)*
*This 1-year program will be closely supervised by our Ophthalmologists and Clinical Optometrists.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?
- JIKA anak anda memerlukan cermin mata untuk melihat papan hitam di sekolah, ATAU
- JIKA anak anda kerap menukar cermin mata baru, ATAU
- JIKA anak anda cuba focus untuk masa yang panjang sehingga mengalami sakit kepala dan mata berasa letih
Perlukah masalah ini ditangani?
- Individu yang mempunyai rabun jauh tinggi berisiko dua kali ganda mendapat katarak.
- Risiko glaukoma tinggi.
- 55% masalah Retinal Detachment adalah disebabkan oleh masalah rabun jauh tinggi.
- Risiko Kemerosotan Makular yang lebih tinggi.

Apakah rawatan yang sedia ada?
Atropine
Atropine adalah pendekatan farmaseutikal yang merupakan salah satu pilihan yang paling berkesan dan berisiko rendah untuk memperlahankan peningkatan Rabun jauh pada kanak-kanak.
Ketahui lebih lanjut
Untuk kawalan myopia, kanak-kanak diberikan kepekatan Atropine yang sangat rendah iaitu 0.01% yang bertujuan untuk melambatkan peningkatan dan mencegah perkembangan pesat rabun jauh.
Kanak-kanak yang menggunakan Atropine dalam program Pengawalan Rabun jauh biasanya memakai cermin mata pada waktu siang, dan titiskan setitik Atropine untuk setiap mata sebelum tidur. Ubat mata biasanya tidak akan menyebabkan rasa pedih, atau menjejaskan dan kemampuan untuk fokus.
Sembunyikan
Cermin Mata Pengawalan Rabun Jauh
Cermin mata khas boleh membantu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Cermin mata ini focus pada punca masalah dan membantu meringankan ketegangan mata kanak-kanak.
Ketahui lebih lanjut
Kacamata Tambahan Progresif (PAL)
Digunakan untuk mengawal perkembangan pesat myopia terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang menunjukkan simptom yang berkaitan dengan respon akomodatif seperti mata letih. Kanta ini direka untuk memberikan preskripsi yang betul untuk jarak jauh dan preskripsi yang lebih rendah untuk jarak hampir seperti membaca atau kerja yang memerlukan penglihatan pada jarak dekat.
Kacamata Myovision kanak-kanak
Direka untuk menangani Peripheral Retinal Hyperopic Defocus – nama teknikal bagi masalah optik yang dihadapi oleh kebanyakan kanak-kanak rabun jauh di mana bebola mata adalah lebih panjang berbanding dengan bebola mata normal. Apabila imej pada retina periferi kurang berfokus, ia menyebabkan myopia untuk berkembang lebih pantas.
Kacamata bifokal dengan Prisma
Prisma dimasukkan dalam bahagian bacaan kanta tambahan. Oleh itu, ia memberikan hasil yang baik untuk mengurangkan perkembangan myopia pada. Kanta ini memerlukan optometris untuk menguji daya penglihatan sebelum ditempah.
Sembunyikan
Ortho-K (Orthokeratology)
Ortho-K adalah kanta lekap yang direka khas untuk membentuk semula atau meratakan kornea yang perlu dipakai sewaktu tidur. Pada keesokan harinya, anda dapat menikmati penglihatan yang jelas sepanjang hari tanpa cermin mata atau kanta lekap.
Ketahui lebih lanjut
Siapa yang boleh menggunakan Ortho-K?
- Kanak-kanak dan orang dewasa yang rabun jauh tahap ringan ke sederhana atau rabun silau pada tahap ringan ke sederhana.
- Kanak-kanak yang rabun jauh semakin teruk.
- Kanak-kanak rabun jauh yang bermain sukan dan berenang.
- Kanak-kanak Rabun jauh yang bebola matanya masih belum matang dan bukan calon yang sesuai untuk pembedahan mata LASIK.
- Kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak suka memakai cermin mata.
- Kanak-kanak rabun jauh yang sentiasa menghilangkan atau merosakkan cermin mata mereka.
Sembunyikan
Kenapa Memilih Klinik Pakar Mata VISTA?
Rekod Yang Melebihi 23+ Tahun
Ditubuhkan sejak 1999, kami telah berkhidmat dan merawat mata pesakit semenjak 23+ tahun yang lalu.
Lebih 255,000+ Pesakit Yang Berpuas Hati
Dalam tempoh ini, lebih daripada 255,000+ pesakit yang berpuas hati dengan penglihatan mereka selepas mengunjungi kami.
Lebih Daripada 2,400 Ulasan Yang Positif
Terdapat lebih daripada 2,400 pesakit yang berpuas hati atas servis kami dengan memberikan penilaian 4.9/5 bintang dan ulasan menarik di laman FB kami
.
Lebih Daripada 30 Anugerah Perniagaan Dan Klinikal Diperolehi
VISTA telah meraih pelbagai anugerah klinikal dan perniagaan, menjadikan kita satu klinik pakar mata yang menerima paling banyak anugerah. Ini adalah hasil usaha VISTA dalam penjagaan pesakit, perkhidmatan, inovasi, pengurusan perniagaan, sumber manusia, dan sumbangan kepada masyarakat.
Teknologi Yang Disahkan Dan Terbukti Berkesan
Di VISTA, kami menyediakan rawatan dengan teknologi yang telah diuji dan terbukti. Kami menegaskan segala rawatan mempunyai kelulusan FDA (Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan US) dan juga boleh didapati di kebanyakan pusat rawatan mata yang terkemuka di dunia.
Diperakui Sebagai Pusat Kecemerlangan Oleh Pakar Bedah Antaraba++ngsa
VISTA merupakan Pusat Kecemerlangan di peringkat antarabangsa dan sentiasa dipilih oleh pembekal teknologi perubatan untuk mempamerkan produk mereka dan juga sering dikunjungi oleh pakar bedah terkemuka di seluruh dunia – dari Amerika Syarikat, Australia, Jepun, China, India, Hong Kong, Singapura, Filipina, Indonesia dan juga Malaysia.
Dapatkan Pendapat Profesional Kami Hari Ini