Juga dikenali sebagai Pertukaran Kanta Jelas atau pembedahan kanta. Ia merupakan pilihan yang lebih baik daripada pembedahan laser untuk orang yang mempunyai presbiopia (rabun dekat) dan hiperopia tinggi (Long-sightedness) yang biasanya tidak kekal dan perlu mengorbankan penglihatan jarak jauh untuk penglihatan jarak dekat.
Prosedur pertukaran kanta refraktif agak sama dengan pembedahan katarak dengan hanya satu perbezaan perbezaan iaitu kanta yang perlu diganti masih jelas dan tidak berkabus (apabila anda mempunyai katarak).
Dengan kemajuan teknologi seperti Laser Femtosecond dan Kanta Trifocal Premium, dan juga permintaan yang meningkat untuk daya penglihatan yang baik, RLE menjadi pilihan untuk menangani masalah penglihatan membaca yang kebiasaannya dihadapi oleh orang yang mencecah 40 tahun.
Maklumat lanjut mengenai teknologi Laser Femtosecond Kanta Trifocal yang digunakan dalam RLE > >

Menyelesaikan pelbagai masalah pada masa yang sama: Rabun Jauh/ Rabun Dekat + Masalah Penglihatan Membaca (Presbiopia) +Astigmatism

Katarak tidak akan terjadi selepas pembedahan

Penyelesaian yang kekal untuk mereka yang gemar membaca – Tidak perlu risau akan peningkatan kuasa mata!

Satu prosedur sahaja, bukannya 2 (LASIK sekarang, Pembedahan Katarak kemudian)