KATARAK

Pembedahan Katarak Mata Premium

Nikmati daya penglihatan masa muda dengan rawatan yang terbaik.

Pembedahan Katarak Tanpa Pisau

Trifocal IOLs

Pembedahan Katarak Mata Tanpa Pisau

Di VISTA, pembedahan katarak mata tanpa pisau menggunakan laser femtosecond (juga digunakan dalam LASIK Tanpa Pisau) untuk menggantikan kebanyakan langkah manual yang dilakukan oleh pakar bedah. Kaedah ini mampu memberikan tahap ketepatan, keselamatan, dan keputusan yang memuaskan untuk pesakit.
Kebaikan

Selamat

Risiko rendah – termasuk buta dan kerosakan kepada kornea (kehilangan sel endothelial).

Pembedahan Mudah

Menggantikan kebanyakan langkah manual dan penggunaan pisau bedah.

Keputusan visual yang Baik

Kedudukan kanta yang baik memaksimumkan kualiti penglihatan.

Penyembuhan yang Cepat

Penggunaan tenaga phaco yang rendah mempercepatkan penyembuhan dan memberikan hasil yang baik.

Masa Pembedahan yang Singkat

Pemecahan katarak menggunakan laser femtosecond mengurangkan masa operasi dan risiko.

Bagaimana ia dilakukan?

Pengimbasan 1 Tomografi Koheren Optik (OCT) menunjukkan bahagian dalam mata untuk perancangan pembedahan. Insisi 2 Insisi tanpa jahitan yang tepat dibuat dengan pancaran laser berbantuan OCT. Pembukaan Kapsul 3 Doktor menggunakan laser untuk membuka kapsul kanta dalam bentuk bulatan yang sempurna. Penghancuran Katarak 4 Menghancurkan katarak menjadi kepingan kecil dengan sinar tenaga kuasa rendah. Penyingkiran Katarak 5 Katarak yang sudah dihancurkan akan diemulsi menggunakan teknik phacoemulsification (penggunaan peralatan ultrasonik). Penggantian Kanta 6 Kanta gantian dimasukkan. Biasanya, insisi akan menutup dengan sendirinya.

Pilihan Kanta Premium

Melihat dengan lebih baik dan menikmati keindahan dunia

Monofokal Bifokal Trifokal Jauh Jauh Tengah Tengah Dekat Dekat Monofokal Bifokal Trifokal Pilih kanta anda di sini!

Pentingnya untuk memahami keadaan diri sendiri sebelum memilih jenis kanta:- adakah anda masih aktif, memandu terutamanya pada waktu malam, gemar membaca, dan banyak menggunakan peranti tangan ? Adakah anda ingin memakai cermin mata membaca untuk sepanjang hayat ?

Pembedahan Katarak Standard
Selalu disalah faham sebagai prosedur “laser”, pembedahan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan doktor di Malaysia melibatkan penggunaan pisau bedah dan instrumen lain.

Prosedur

1. Insisi

Pisau bedah digunakan untuk membuat insisi pada kornea.

2. Pembukaan Kapsul

Kapsul kanta dibuka secara manual.

3. Penyingkiran Katarak

Phacoemulsification (peralatan tenaga ultrasonik) digunakan untuk menghancurkan katarak kepada kepingan kecil dan kemudiannya kepingan kecil disedut keluar.

4. Penggantian Kanta

Kanta gantian dimasukkan. Jahitan mungkin diperlukan.

Implantasi Kanta

Secara umumnya, kanta monofokal diimplankan dalam mata untuk menggantikan kanta berkatarak. Ini membolehkan penglihatan jarak jauh yang baik, cermin mata hanya diperlukan untuk jarak dikawasan tengah (jarak sejauh panjang lengan) dan jarak dekat (membaca).
Kanta Monofokal (Tradisional)

Teknologi Kami

Teknologi maju bukan sahaja digunaan dalam rawatan anda, tetapi juga dalam diagnostik dan pemeriksaan.
ZEISS IOLMaster 500
ZEISS IOLMaster® 500 adalah piawai emas dalam biometri optik dengan lebih daripada 100 juta kes pengukuran kuasa IOL yang berjaya setakat ini. ZEISS IOLMaster 500 merupakan teknologi moden yang memberikan masa depan cerah dalam bidang biometri optik.
FEMTO LDV Z8 adalah salah satu laser femtosecond yang paling canggih pada zaman ini. Ia mempunyai fleksibiliti dan ketepatan yang luar biasa serta reka bentuk Ziemer yang padat dan mudah alih. Kemudahan OCT berintegrasi membolehkan pembedahan yang benar-benar bersesuaian dengan pesakit.
Sistem Penglihatan INFINITI® menggunakan perisian OZil® Intelligent Phaco yang dinaik taraf, ia menempatkan emulsifikasi torsional OZil® yang dioptimalkan di hujung jari anda. Dengan pengurusan bendalir dan kawalan pembedahan yang lebih baik, Sistem Penglihatan INFINITI® mampu memberikan prosedur phaco yang boleh diubah suai.
Kanta Intraokular LENTIS Premium berupaya untuk diselaraskan mengikut keperluan pesakit yang berbeza-beza. Kanta yang berteknologi tinggi ini mampu memenuhi keperluan dan permintaan individu dalam mencapai penglihatan yang tajam.
Topografi dan Tomografi HD untuk diagnostik dan pengukuran yang tepat untuk membantu pakar bedah membuat keputusan mengenai pilihan rawatan yang terbaik untuk anda.

Apakah Langkah Seterusnya?

Jalani pemeriksaan komprehensif pra-rawatan 1 Masa: 2-3 jam Selepas pemeriksaan, diagnostik dan pengukuran, maklumat anda akan dianalisasi untuk kesesuaian dan rawatan yang terbaik untuk anda. Pemesanan IOL 2 Kanta Standard: 2-7 Hari Pesanan Kanta ubah suai: 4-6 minggu Ketibaan Kanta IOL 3 Selepas menerima kanta, optometris akan membuat pemeriksaan dan pengesahan kanta yang diterima sebelum menjadualkan tarikh pembedahan anda. Hari Rawatan 4 Masa: 3 jam (Masa rawatan sebenar kira-kira 15-30 minit) Susulan 5 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun