Search
Close this search box.

Implan Kanta Dalam Mata (ICL)

Bagaimanakah ICL Berfungsi?

EVO ICL (Implantable Collamer Lens) berfungsi seperti kanta lekap yang diimplan ke dalam mata di antara iris (bahagian mata berwarna) dan ruang depan mata, di mana ia tidak dapat dikesan dari luar. Apa yang anda perlukan adalah 15 minit untuk mengubah hidup dan memberi kesan wow hampir serta-merta.

Cepat, Tidak Sakit dan Mudah.

Kenapa Pilih ICL?

5 Sebab Utama

Penglihatan Yang Lebih Baik Hampir Serta-Merta!

Tiada tisu yang disingkirkan, keadaan kornea yang mendung sangat jarang berlaku, maka anda boleh menikmati penglihatan yang lebih baik hampir serta-merta.

Daya Pembetulan Yang Tinggi

ICL mampu merawat sehingga -20.0 diopter, manakala LASIK tidak sesuai untuk pesakit berkuasa tinggi kerana ketebalan kornea.

Tiada Apa-Apa Yang Disingkirkan

Tidak seperti LASIK, tiada tisu kornea yang disingkirkan atau dibentuk-semula secara kekal dalam prosedur ICL.

Tiada Masalah Mata Kering

ICL tidak akan menyebabkan mata kering, oleh itu ia bersesuaian untuk pesakit yang mempunyai masalah mata kering sebelum ini.

Kekal Tetapi Boleh Diterbalikkan

Satu kelebihan penting ialah walaupun ICL boleh membaiki penglihatan anda secara kekal, ia boleh dikeluarkan dan / atau diganti apabila perlu.

Teknologi Kami

Teknologi canggih bukan sahaja untuk hanya rawatan anda, tetapi juga untuk diagnostik dan pemeriksaan.

iDesign
Sistem iDESIGN® menggunakan teknologi pemerolehan muka gelombang yang terbukti dan algoritma Fourier yang canggih untuk membantu membuat pelan rawatan yang bersesuaian untuk setiap pesakit. Sistem iDESIGN® berupaya mengambil 5 data ujian mata sekali gus dan menggunakan sensor berdefinisi tinggi, ia adalah penggerak iLASIK® Technology Suite. MAKLUMAT LANJUT MENGENAI IDESIGN

FEMTO LDV Z8 adalah salah satu laser femtosecond yang paling canggih pada zaman ini. Ia mempunyai fleksibiliti dan ketepatan yang luar biasa serta reka bentuk Ziemer yang kompak dan mudah alih. OCT yang bersambung membolehkan pembedahan yang benar-benar bersesuaian dengan pesakit.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI Z8

EVO + adalah kanta intraokular yang paling canggih di Staar Surgical (Phakic IOL), setakat ini, lebih daripada 1 juta kanta sudah diimplan. EVO + meneruskan evolusinya untuk mencapai Visual Freedom, dan menawarkan Expanded Optic yang direka untuk pesakit yang mempunyai pupil yang besar. Teknologi CentraFLOW dari KS-AquaPORT Technology™ mengurangkan risiko tekanan intraokular dan risiko mendapat glaukoma. keunikan pada Starr Surgical Phakic IOLs sahaja. MAKLUMAT LANJUT MENGENAI EVO+

Langkah-langkah prosedur (ICL)

Apakah Seterusnya?

Lengkapkan ujian kesesuaian LASIK/ICL secara percuma (tidak wajib) 1 Masa: 20 minit Konsultan Khidmat Pelanggan akan menguji kesesuaian anda dan menerangkan pilihan yang ada, maklumat lanjut prosedur dan banyak lagi. Klik sini untuk mendaftar Lengkapkan pemeriksaan komprehensif PRA-rawatan 2 Kanta Standard: 2-7 Hari Optometris kami yang diperakui dan berpengalaman akan menjalankan sebahagian pemeriksaan dan pakar bedah mata kami akan menjalankan ujian yang selebihnya. Selepas beberapa pemeriksaan, diagnostik dan pengukuran, maklumat anda akan dianalisis untuk menilai kesesuaian anda dan program rawatan yang terbaik untuk anda. Pakar bedah kami berbincang bersama anda mengenai keadaan mata anda, prosedur yang bersesuaian serta nasihat dan pelan rawatan yang direkomen untuk mata anda. Memesan ICL 3 Kira-kira 2minggu (kanta tidak tersuai); 4-6 minggu (kanta tersuai) Ketibaan Kanta ICL 4 Selepas menerima kanta, optometris kami akan membuat pemeriksaan dan mengesahkan kanta yang diterima sebelum membuat panggilan untuk mengesahkan tarikh pembedahan anda. Hari Rawatan 5 Masa: 3 jam (Rawatan mengambil masa kira-kira 15-30 minit) Susulan 6 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun