Search
Close this search box.

Perkhidmatan Lain

Kami pakar dalam:

Pembedahan

  • Pembedahan Katarak Tanpa Pisau
  • iLASIK
  • Implan Kanta Dalam Mata VISIAN ICL®
  • Penglihatan Rabun dekat dengan RLE

Tanpa Pembedahan

  • Program Kawalan Myopia Kanak-kanak
  • Klinik Mata Kering

Perkhidmatan Lain

1 Pemeriksaan Mata
2 Penjagaan Mata Secara Am
3 Penilaian Penglihatan
4 Pemeriksaan Glaukoma
5 Penyakit Mata Diabetik
6 Penjagaan Mata Pediatrik
7 Kemerosotan Makular Berkaitan Usia
8 Penyakit Kornea
9 Pemeriksaan Mata Korporat
10 Pterygium Excision dengan Graft (Gam)

Pemeriksaan Mata

Penglihatan yang jelas tidak bererti mempunyai mata yang sihat.

Tanpa mengira umur dan kesihatan fizikal, pemeriksaan mata dengan pakar mata adalah salah satu perkara penting yang boleh anda lakukan demi kesihatan anda. Dalam kebanyakan kes, penyakit mata tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal. Pengesanan dan rawatan awal penyakit mata dapat mengurangkan risiko kehilangan penglihatan selama-lamanya dan tidak dapat diselamatkan. Penglihatan yang jelas tidak selalu bermaksud mata yang sihat.

Apakah Pemeriksaan oleh Pakar Mata?
Pakar mata akan menguji tahap penglihatan anda, memeriksa penyakit mata dan isu lain yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Terdapat banyak penyakit mata yang tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal. Dalam kebanyakan kes, pengesanan awal dan rawatan dapat membantu mengurangkan risiko kehilangan penglihatan selama-lamanya.
Golongan dewasa harus memeriksa tanda-tanda awal penyakit mata. Apabila usia meningkat, risiko mendapat penyakit mata juga meningkat. Kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam melihat sering mengalami masalah seperti tidak melengkapkan kerja sekolah tetapi mereka tidak mengadu kerana mereka tidak tahu apa itu penglihatan yang “normal”.
  • Peruntukkan sekurang-kurangnya 3 jam untuk pemeriksaan dan ujian mata.
  • Anda tidak digalakkan untuk memandu serta-merta selepas pemeriksaan mata kerana penglihatan anda mungkin kabur selama 3-6 jam selepas pembesaran anak mata (menggunakan titisan ubat untuk membesarkan anak mata), oleh itu digalakkan untuk mengatur pengangkutan lain.
  • Cermin mata hitam dapat membantu mengurangkan silau yang diakibatkan oleh pembesaran anak mata. Sediakan satu.
  • Sila membuat temu janji untuk pemeriksaan mata. Anda dinasihatkan supaya membuat temu janji 2 hari sebelumnya.
  • Untuk pemeriksaan yang lebih tepat mengenai preskripsi anda atau untuk menentukan kesesuaian LASIK, anda dinasihatkan untuk berhenti memakai kanta lekap anda sebelum pemeriksaan (1 minggu untuk kanta lekap dan 2 minggu untuk kanta keras).

Masalah Mata Yang Biasa Dialami

VISTA juga menyediakan pemeriksaan diagnostik, rawatan dan cara mengendalikan masalah berikut:

Glaukoma

Glaukoma adalah penyakit mata yang disebabkan oleh peningkatan tekanan di dalam bola mata dan mengakibatkan kerosakan saraf optik dan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur. Peningkatan tekanan berlaku apabila saluran cecair di mata anda tersumbat atau tersekat. Kehilangan penglihatan akibat Glaucoma tidak dapat dipulihkan.

Pemeriksaan Glaukoma

  • Tonometri
  • Ophthalmoscopy
  • Pachymetry
  • Humphrey Visual Field Analyser (HVF)
  • Tomografi Koheren Optik (OCT)

Kemerosotan Makular Berkaitan Usia

AMD adalah penyakit mata yang berkaitan dengan penuaan (umur 50 tahun dan ke atas) secara beransur dan memusnahkan penglihatan pusat tajam yang diperlukan untuk aktiviti seperti membaca, memandu, dan mengenali muka.

Retinopati Diabetik
Retinopati diabetik adalah penyakit mata kencing manis yang merosakkan saluran darah kecil pada bahagian retina. Ini disebabkan tahap glukosa darah tinggi di kalangan orang yang menghidapi kencing manis.

Detasmen retina
Retina adalah lapisan tisu yang sensitif terhadap cahaya dan terletak di dalam bahagian mata bertujuan menghantar mesej penglihatan melalui saraf optik ke otak.

Apabila retina tertanggal, ia berubah atau ditarik dari kedudukan normalnya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, detasmen retina boleh menyebabkan kehilangan penglihatan selama-lamanya.

Dalam sesetengah kes, terdapat sebahagian kecil kawasan retina yang rosak. Ini dipanggil retina berlubang atau kerosakan retina dan ia boleh menyebabkan detasmen retina.

Lain-lain Masalah Mata

Antara masalah mata yang sering berlaku termasuk mata kering, konjunktivitis, chalazion, alergi, pterygium dan kecederaan mata.