Berapa kerapkah anak saya perlu berjumpa dengan pakar mata?
Setiap 1-2 tahun selepas berumur 3 tahun, tetapi jika kanak-kanak yang memiliki mata juling atau sebarang masalah mata yang jelas, dicadangkan untuk berjumpa dengan pakar mata walaupun baru lahir.
Apakah yang akan berlaku semasa Pemeriksaan Mata Komprehensif anak saya?
Pemeriksaan ini mengambil masa kira-kira 3 jam, ia termasuk pemeriksaan untuk kuasa refraktif mata, masalah visual, dan penyakit mata yang berkaitan.
Pemeriksaan ini dijalankan oleh Ahli Optometris dan juga Pakar Mata (Pakar Oftalmologi) yang berkelayakan dan berdaftar . Pakar Mata kemudian akan membincangkan tentang keadaan pesakit.
“Jika anak anda menghadapi kesukaran dalam aktiviti harian mereka, kemungkinan besar penglihatan mereka adalah kurang jelas.”
Penglihatan merupakan pancaindera yang paling penting. Ia memainkan peranan utama dalam kehidupan seseorang. Pakar mengatakan bahawa 80 peratus daripada apa yang kanak-kanak belajar di sekolah adalah secara visual. Pengesanan awal masalah penglihatan penting untuk memastikan mereka mempunyai keupayaan penglihatan yang baik untuk pembelajaran yang cemerlang di sekolah, sukan dan aktiviti-aktiviti lain.
Tanpa penglihatan yang baik, keupayaan mereka untuk belajar, bermain dan bersosial menjadi lebih sukar. Jika tidak ditangani, masalah ini akan bertambah serius yang boleh menjejaskan keupayaan pembelajaran dan pembentukan personaliti kanak-kanak semasa membesar.
Mata Juling
Mata juling, juga dikenali sebagai strabismus, dimana kedua-dua mata memandang pada arah yang berlainan ketika fokus pada suatu objek. Satu mata memandang ke hadapan, manakala mata yang lain akan melihat ke dalam, luar, atas atau bawah.
Mata Malas
Amblyopia, juga dikenali sebagai mata malas, ia adalah gangguan perkembangan penglihatan di mana mata gagal mencapai ketajaman penglihatan yang normal, walaupun dengan bantuan cermin mata atau kanta lekap. Jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal, masalah penglihatan yang terhad dapat dielakkan. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kecacatan visual yang teruk pada mata yang terjejas, termasuk kebutaan.
Buta Warna
Buta warna bukanlah sejenis kebutaan, ia bermaksud keupayaan untuk melihat warna adalah terhad. Dengan masalah penglihatan ini, anda menghadapi kesukaran membezakan warna-warna tertentu, seperti biru dan kuning atau merah dan hijau.
Established since 1999, we’ve been serving and tending to our patients’ eyes for over 2 decades.
We have cared for over 255,000 patients and helped improve their vision since opening our doors to people looking for reliable eye care
Over 2,400 happy patients have given us a 5 Stars (out of 5) rating and touching reviews on Facebook.
As a recognition for our pursuit of excellence in patient care, service, innovativeness, business management, human resource, and CSR, VISTA has won numerous awards, making us one of the most awarded eye specialist.
We only offer FDA (U.S. Food & Drug Administration) approved treatments and technologies. Most importantly, what we offer will only be something that we would use for ourselves and our loved ones.
VISTA is often visited by renowned surgeons worldwide, all the way from US, Australia, Japan, China, India, Hong Kong, Singapore, etc as well as be selected by leading medical technology providers to showcase their products.
KKLIU No.: 2384/2022
(Registration No : 0481490U)
Copyright © VISTA | Designed by Xedea – SEO Company Malaysia