- Pembedahan Katarak Tanpa Pisau
- iLASIK
- Implan Kanta Dalam Mata VISIAN ICL®
- Penglihatan Rabun dekat dengan RLE
| 1 | Pemeriksaan Mata |
| 2 | Penjagaan Mata Secara Am |
| 3 | Penilaian Penglihatan |
| 4 | Pemeriksaan Glaukoma |
| 5 | Penyakit Mata Diabetik |
| 6 | Penjagaan Mata Pediatrik |
| 7 | Kemerosotan Makular Berkaitan Usia |
| 8 | Penyakit Kornea |
| 9 | Pemeriksaan Mata Korporat |
| 10 | Pterygium Excision dengan Graft (Gam) |
Penglihatan yang jelas tidak bererti mempunyai mata yang sihat.
Tanpa mengira umur dan kesihatan fizikal, pemeriksaan mata dengan pakar mata adalah salah satu perkara penting yang boleh anda lakukan demi kesihatan anda. Dalam kebanyakan kes, penyakit mata tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal. Pengesanan dan rawatan awal penyakit mata dapat mengurangkan risiko kehilangan penglihatan selama-lamanya dan tidak dapat diselamatkan. Penglihatan yang jelas tidak selalu bermaksud mata yang sihat.
Glaukoma
Glaukoma adalah penyakit mata yang disebabkan oleh peningkatan tekanan di dalam bola mata dan mengakibatkan kerosakan saraf optik dan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur. Peningkatan tekanan berlaku apabila saluran cecair di mata anda tersumbat atau tersekat. Kehilangan penglihatan akibat Glaucoma tidak dapat dipulihkan.
Pemeriksaan Glaukoma
Kemerosotan Makular Berkaitan Usia
AMD adalah penyakit mata yang berkaitan dengan penuaan (umur 50 tahun dan ke atas) secara beransur dan memusnahkan penglihatan pusat tajam yang diperlukan untuk aktiviti seperti membaca, memandu, dan mengenali muka.
Retinopati Diabetik
Retinopati diabetik adalah penyakit mata kencing manis yang merosakkan saluran darah kecil pada bahagian retina. Ini disebabkan tahap glukosa darah tinggi di kalangan orang yang menghidapi kencing manis.
Detasmen retina
Retina adalah lapisan tisu yang sensitif terhadap cahaya dan terletak di dalam bahagian mata bertujuan menghantar mesej penglihatan melalui saraf optik ke otak.
Apabila retina tertanggal, ia berubah atau ditarik dari kedudukan normalnya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, detasmen retina boleh menyebabkan kehilangan penglihatan selama-lamanya.
Dalam sesetengah kes, terdapat sebahagian kecil kawasan retina yang rosak. Ini dipanggil retina berlubang atau kerosakan retina dan ia boleh menyebabkan detasmen retina.