Bagaimanakah ICL Berfungsi?
EVO ICL (Implantable Collamer Lens) berfungsi seperti kanta lekap yang diimplan ke dalam mata di antara iris (bahagian mata berwarna) dan ruang depan mata, di mana ia tidak dapat dikesan dari luar. Apa yang anda perlukan adalah 15 minit untuk mengubah hidup dan memberi kesan wow hampir serta-merta.
Cepat, Tidak Sakit dan Mudah.

Kenapa Pilih ICL?
5 Sebab Utama

Penglihatan Yang Lebih Baik Hampir Serta-Merta!
Tiada tisu yang disingkirkan, keadaan kornea yang mendung sangat jarang berlaku, maka anda boleh menikmati penglihatan yang lebih baik hampir serta-merta.

Daya Pembetulan Yang Tinggi
ICL mampu merawat sehingga -20.0 diopter, manakala LASIK tidak sesuai untuk pesakit berkuasa tinggi kerana ketebalan kornea.

Tiada Apa-Apa Yang Disingkirkan
Tidak seperti LASIK, tiada tisu kornea yang disingkirkan atau dibentuk-semula secara kekal dalam prosedur ICL.
Tiada Masalah Mata Kering
ICL tidak akan menyebabkan mata kering, oleh itu ia bersesuaian untuk pesakit yang mempunyai masalah mata kering sebelum ini.

Kekal Tetapi Boleh Diterbalikkan
Satu kelebihan penting ialah walaupun ICL boleh membaiki penglihatan anda secara kekal, ia boleh dikeluarkan dan / atau diganti apabila perlu.
Teknologi Kami
Teknologi canggih bukan sahaja untuk hanya rawatan anda, tetapi juga untuk diagnostik dan pemeriksaan.
Sistem iDESIGN® menggunakan teknologi pemerolehan muka gelombang yang terbukti dan algoritma Fourier yang canggih untuk membantu membuat pelan rawatan yang bersesuaian untuk setiap pesakit. Sistem iDESIGN® berupaya mengambil 5 data ujian mata sekali gus dan menggunakan sensor berdefinisi tinggi, ia adalah penggerak iLASIK® Technology Suite.
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI IDESIGN
FEMTO LDV Z8 adalah salah satu laser femtosecond yang paling canggih pada zaman ini. Ia mempunyai fleksibiliti dan ketepatan yang luar biasa serta reka bentuk Ziemer yang kompak dan mudah alih. OCT yang bersambung membolehkan pembedahan yang benar-benar bersesuaian dengan pesakit.
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI Z8
EVO + adalah kanta intraokular yang paling canggih di Staar Surgical (Phakic IOL), setakat ini, lebih daripada 1 juta kanta sudah diimplan. EVO + meneruskan evolusinya untuk mencapai Visual Freedom, dan menawarkan Expanded Optic yang direka untuk pesakit yang mempunyai pupil yang besar. Teknologi CentraFLOW dari KS-AquaPORT Technology™ mengurangkan risiko tekanan intraokular dan risiko mendapat glaukoma. keunikan pada Starr Surgical Phakic IOLs sahaja.
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI EVO+
Our ICL Family
Langkah-langkah prosedur (ICL)
Apakah Seterusnya?
Kenapa Memilih Klinik Pakar Mata VISTA?
Rekod Yang Melebihi 23+ Tahun
Ditubuhkan sejak 1999, kami telah berkhidmat dan merawat mata pesakit semenjak 23+ tahun yang lalu.
Lebih 255,000+ Pesakit Yang Berpuas Hati
Dalam tempoh ini, lebih daripada 255,000+ pesakit yang berpuas hati dengan penglihatan mereka selepas mengunjungi kami.
Lebih Daripada 2,400 Ulasan Yang Positif
Terdapat lebih daripada 2,400 pesakit yang berpuas hati atas servis kami dengan memberikan penilaian 5/5 bintang dan ulasan menarik di laman FB kami
.
Lebih Daripada 30 Anugerah Perniagaan Dan Klinikal Diperolehi
VISTA telah meraih pelbagai anugerah klinikal dan perniagaan, menjadikan kita satu klinik pakar mata yang menerima paling banyak anugerah. Ini adalah hasil usaha VISTA dalam penjagaan pesakit, perkhidmatan, inovasi, pengurusan perniagaan, sumber manusia, dan sumbangan kepada masyarakat.
Teknologi Yang Disahkan Dan Terbukti Berkesan
Di VISTA, kami menyediakan rawatan dengan teknologi yang telah diuji dan terbukti. Kami menegaskan segala rawatan mempunyai kelulusan FDA (Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan US) dan juga boleh didapati di kebanyakan pusat rawatan mata yang terkemuka di dunia.
Diperakui Sebagai Pusat Kecemerlangan Oleh Pakar Bedah Antarabangsa
VISTA merupakan Pusat Kecemerlangan di peringkat antarabangsa dan sentiasa dipilih oleh pembekal teknologi perubatan untuk mempamerkan produk mereka dan juga sering dikunjungi oleh pakar bedah terkemuka di seluruh dunia – dari Amerika Syarikat, Australia, Jepun, China, India, Hong Kong, Singapura, Filipina, Indonesia dan juga Malaysia.
Dapatkan Pendapat Profesional Kami Hari Ini